Wednesday, 4 July 2012

Undangan Majlis Perkahwinan

Tarikh: 8hb Julai 2012
Ahli Bakpis: En Ab Razak bin Karimdan Pn Noriah binti Ismail
Majlis perkahwinan anak lelaki beliau En Muhamad Norhafizi bin Ab Razak dan Nur Emilia binti Mohd Sahid
Lokasi: No 1040 Jalan TTJ2/15 Taman Tuanku Jaafar 71450 Sg Gadut Negeri Sembilan
Aturcara Majlis:
12 tgh - 5 ptg: Jamuan Makan
Acara Gotong Royong:
5hb Julai  5 ptg - Pasang khemah
               8.30 mlm - Masak air

6hb Julai 2 ptg - Memasak
              8.30 mlm - Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat

7hb Julai 9.30 pagi - Rombongan pihak lelaki kerumah pihak perempuan bagi acara Akad Nikah
              2.30 ptg - Memotong dan memasak
              Lepas Maghrib - Sambung kerja yang belum selesai

8hb Julai 7 pagi - Meneruskan kerja yang belum selesai
                           Majlis perkahwinan
              5 ptg - Majlis selesai


Tarikh: 14hb Julai 2012
Ahli Bakpis: Tn Hj Abu Bakar bin Ujang dan Hjh Jamaliah bt Harun
Majlis perkahwinan anak lelaki beliau En Muhammad Aidil b Haji Abu Bakar dan Siti Noor Haiza bt Fadzil
Lokasi: Dewan Orang Ramai TTJ Fasa 1
Aturcara Majlis:
12 tgh - 5 ptg : Jamuan Makan
2 ptg: Ketibaan Pengantin
3 ptg: Potong kek

Jemputan majlis Bacaan Yassin, Penyampaian Hadiah pelajar cemerlang, Solat Hajat, Tahlil dan Sumbangan utk Ibu/Bapa Tunggal serta orang kurang upaya.

Tarikh: 15hb Julai 2012
Masa: Bermula dari Solat Maghrib
Tempat: Balai Raya Fasa 2 Taman Tuanku Jaafar

Tugas Bersama
Kaum Bapa berkumpul di Balairaya jam 10 pagi pada 15hb Julai 2012 bagi memasang khemah dan persiapan tempat solat

Kaum Ibu gotong royong memasak bermula 2 ptg pada 15hb Julai 2012 sehingga selesai.








Tuesday, 10 January 2012

Majlis Perkahwinan dirumah En Zulkifli Abdullah dan Pn Maimon Bidin

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji di ikat
Atas pelamin bertemu jua

Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Rumput ku cantas habis rata
Burung serindit mematuk betik
Beribu melintas didepan mata
Hanya Cik Mon ku pandang cantik

Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa

Buah berangan buah bidara
Sila lah jamu selera

Jikalau Tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak muda bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji dicelah daun
Budi jiran sepakat saya terima
Jadi kenangan bertahun tahun

Selamat datang kami ucapkan
Buat tetamu dan jemputan

Sedekah jariah membawa berkat
YDP juga berbakat

Masak gulai ikan kembung
Jauhnya...... termenung 

Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat


Buah betik campur gula
Buat baik dapat pahala

Wednesday, 4 January 2012

JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN

Sukacita di maklumkan bahawa Ahli Bakpis yang nama tersenarai dibawah menjemput semua Ahli Bakpis dan keluarga untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan seperti yang tertera dibawah:

1. En Zainal Abidin bin Ahmad dan Puan Latipah binti Mat (perkahwinan anak saudara mereka)

    Tarikh: 14hb Januari 2012 
    Alamat: No 899 Jalan TTJ 2/6
                 Taman Tuanku Jaafar

Aturcara majlis:
12hb Januari 2012 
5.00 ptg  - Memasang khemah
8.30 mlm - Memasak air minuman, air gula dan merebus telor

13hb Januari 2012 
3.00 ptg - Gotong royong memotong daging/ayam dan persiapan yang lain lain untuk majlis
8.00 mlm - Jamuan makan malam dan meneruskan kerja kerja yang belum selesai

14hb Januari 2012
7.00 pagi - Sarapan dan sambut kerja yang perlu
12 tengahari - Majlis bermula
4.00 ptg - Majlis selesai

2. Puan Sarah binti Sharif dan En Mohd Jaafar bin Abd Kadir ( perkahwinan anak lelaki mereka)

   Tarikh: 22hb Januari 2012
   Alamat: No 1186 Jalan TTJ 2/18 
               Taman Tuanku Jaafar

   Aturcara Majlis:
   Jamuan Makan: 11 pagi - 5 ptg
   Bersanding: 12.30 ptg

3. En Mohd Sharif bin Kechut dan Puan Hayati binti Abd Majid (perkahwinan anak lelaki mereka)

    Tarikh: 28hb Januari 2012
    Alamat: No 1004 Jalan 2/16
                 Taman Tuanku Jaafar

   Aturcara Majlis:
   Jamuan Makan: 12 tengahari - 4 ptg
   Bersanding: 1 ptg

Kita doakan bersama agar semua majlis diatas berjalan dengan teratur dan lancar. Insyaallah.

Wednesday, 28 December 2011

Gambar sekitar majlis perkahwinan
dirumah En Taib dan Puan Norimah
Mencuci pinggan satu kelaziman
En.Sarip, En.Din dan En.Ariffin

Gotong Royong memasak sudah menjadi
amalan persatuan BAKPIS
En.Jasmi dan En.Said memastikan masakan
 sedap punya.

 YDP Bakpis En. Mohd  Fauzi bin Hj Othman bersama kaum bapa.

Kaum Ibu pula bergambar bersama YDP

Bapa dan mak pengantin, En.Taib dan
Puan Norimah senyum dapat menantu.

Kebersihan adalah keutamaan dalam majlis

YDP En. Fauzi Othman pun tidak
ketinggalan menyumbang tenaga.
Tetamu sedang asyik menjamu selera.

Makan orang pangkal

Yang muda pun turut membantu
Hj. Idris topi merah berbincang
dengan Iman TTJ Tuan Hj. Maadah,
rasa-rasanya tahun depanlah
.....insha-allah.



Meja VIP sedang di susun atur.......

Bintang kecil berlatih untuk masuk AF
Gotong Royong lah masa merapatkan siratul rahim

Friday, 23 December 2011

Banyak lagi gambar majlis perkawinan di rumah En Yazid.
YDP En Mohd Fauzi bin Hj Othman bersama MB dan kaum ibu
Tengok apa tu Kak Mon

Sibuk betul tukang masak kita ni.
Pendekar cilik kita mengawal MB

Kumpulan Cak Lem Pung penghibur majlis.

Majlis Perkahwinan di rumah En Yazid

Barisan Crew Dapur 


Ini masa bermesra sesama jiran

Peluang bersalaman dengan MB berjiwa rakyat

Sebahagian Ahli berpeluang bergambar bersama MB