Tuesday, 10 January 2012

Majlis Perkahwinan dirumah En Zulkifli Abdullah dan Pn Maimon Bidin

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji di ikat
Atas pelamin bertemu jua

Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Rumput ku cantas habis rata
Burung serindit mematuk betik
Beribu melintas didepan mata
Hanya Cik Mon ku pandang cantik

Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa

Buah berangan buah bidara
Sila lah jamu selera

Jikalau Tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak muda bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji dicelah daun
Budi jiran sepakat saya terima
Jadi kenangan bertahun tahun

Selamat datang kami ucapkan
Buat tetamu dan jemputan

Sedekah jariah membawa berkat
YDP juga berbakat

Masak gulai ikan kembung
Jauhnya...... termenung 

Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat


Buah betik campur gula
Buat baik dapat pahala

Wednesday, 4 January 2012

JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN

Sukacita di maklumkan bahawa Ahli Bakpis yang nama tersenarai dibawah menjemput semua Ahli Bakpis dan keluarga untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan seperti yang tertera dibawah:

1. En Zainal Abidin bin Ahmad dan Puan Latipah binti Mat (perkahwinan anak saudara mereka)

    Tarikh: 14hb Januari 2012 
    Alamat: No 899 Jalan TTJ 2/6
                 Taman Tuanku Jaafar

Aturcara majlis:
12hb Januari 2012 
5.00 ptg  - Memasang khemah
8.30 mlm - Memasak air minuman, air gula dan merebus telor

13hb Januari 2012 
3.00 ptg - Gotong royong memotong daging/ayam dan persiapan yang lain lain untuk majlis
8.00 mlm - Jamuan makan malam dan meneruskan kerja kerja yang belum selesai

14hb Januari 2012
7.00 pagi - Sarapan dan sambut kerja yang perlu
12 tengahari - Majlis bermula
4.00 ptg - Majlis selesai

2. Puan Sarah binti Sharif dan En Mohd Jaafar bin Abd Kadir ( perkahwinan anak lelaki mereka)

   Tarikh: 22hb Januari 2012
   Alamat: No 1186 Jalan TTJ 2/18 
               Taman Tuanku Jaafar

   Aturcara Majlis:
   Jamuan Makan: 11 pagi - 5 ptg
   Bersanding: 12.30 ptg

3. En Mohd Sharif bin Kechut dan Puan Hayati binti Abd Majid (perkahwinan anak lelaki mereka)

    Tarikh: 28hb Januari 2012
    Alamat: No 1004 Jalan 2/16
                 Taman Tuanku Jaafar

   Aturcara Majlis:
   Jamuan Makan: 12 tengahari - 4 ptg
   Bersanding: 1 ptg

Kita doakan bersama agar semua majlis diatas berjalan dengan teratur dan lancar. Insyaallah.